Sunday, October 21, 2012

Bab 3


Aku tidak menyangka kisah aku yang begitu sedih.Segalanya sungguh tertulis dan aku terlihat sekeping gambar kecil di lekatkan difail itu.Gambar ketika aku masih kecil berusia 3 tahun mungkin,sangat comel namun ia masih tidak mampu memadamkan penolakan kepercayaan bahawa perjalanan  kisah ini sebenarnya adalah aku.Begitu panjang perjalanan kisah aku.Terdiam seribu bahasa dalam aku terkedu membatu diri didalam ruang bilik pejabat yang gelap,termenung aku memikir perjalan kisah keluarga aku yang penuh dengan pengorbanan di masa silam.Di asrama,aku melihat kakak dengan penuh seribu tanda tanya.Di dalam kisah penceritaan hidup aku ini perngorbanan kakak dan abang-abang aku yang lain turut aku kenangkan.Namun untuk bertanya sesuatu yang menyentuh kepada kisah yang lepas,tak mungkin untuk aku berdepan dengan sifat gerun dan ketegasan kakak yang agak menyeramkan.Maklumlah sebagai seorang ketua kepada penghuni yang lain.Mahu atau tidak aku terpaksa menyimpan saja hasrat untuk bertanya segalanya yang telah berlaku pada keluarga aku ni.Kaku sifat aku tidak mengusik hati kakak untuk aku merosakkan kegembiraannya yang sekian lama menjadi peneman insan yang sedang ceria tu.

Hingga berlalu nya hari hingga tiba saat menjelangnya bulan Ramadhan,melihat rakan yang  lain tidak makan seharian dan hanya makan pada waktu malam saja membuat aku tertanya-tanya.Dan aku juga melihat kakak aku menjadi lain.Aku menjadi pelik dengan tingkahnya mengelak untuk makan mahupun minum.Aku sendiri tidak faham dan cuba untuk memahami keadaan yang sebenarnya.Melihat serta memahami dalam perbagai perkara yang begitu membingungkan sungguh membuat aku terpinga beberapa kali dengan gelagat yang pelik .Menjelang waktu malam hampir kesemua rakan aku yang lain berlari-lari menuju ke dewan dan juga ke masjid berdekatan setelah makan malam,menambah tanda tanya aku yang sudah sekian lama tertanam di dalam benak hingga membebankan keadaan yang memaksa aku untuk bertanya kepada sesiapa saja yang sedang berlari itu, namun tiada kesempatan.Melihatkan mereka berlari dengan kain putih yang baru ku kenali sebagai telekung itu,aku turut berlari anak mengikut mereka tanpa aku sendiri menyedari kenapa aku juga menurut macam orang sakit panik tak sudah keruan.Tersenyum sendiri dan tanpa di sedari tika tiba di hadapan surau,kekaguman melingkari seluruh remang rasa yang bermain dengan perasaan syahdu tanpa henti.Di depan gerbang indah,aku juga dengan perlahan melangkah memasuki ruang solat,tapi di halang kena masih kerana sebab mengatakan aku ini seorang cina.Tidak merasa kecewa aku melangkah pulang ke asrama.Masih penuh tanda tanya yang tidak terluahkan,aku terlihat kakak sedang makan dalam keadaan yang tersembunyi.Aku tak faham dan meminta pengertian ingin tahu bagai menjajah pengetahuannya,rupanya barulah aku faham inilah bulan orang islam diwajibkan berpuasa dan waktu mereka sibuk menunaikan solat terawih.Teringat keadaan aku yang berlari bagai anak ayam kehilangan ibu,aku tertawa sendirian sedang dalam kepala aku berfikir,apakah sebenarnya ini semua...

Solat,berpuasa dan terawih...aku terasa keseronokan semakin kemuncak.Aku tidak faham mengapa aku cukup gembira merasai saat ini,terasa ingin menyertai namun tidak pasti apakah kebenaran diatas alasan aku anak orang cina ini mampu memberi peluang untuk aku memijak lantai surau dan merasai indahnya berpuasa.Minda aku mula terbuka memikir akan niat yang tiba-tiba menimbulkan hasrat untuk mengenali apa itu islam.Namun walau apa pun didalam keterbukaan yang aku terima ini masih tidak mampu menolak kenakalan aku yang digelar samseng oleh warga penjaga yang aku panggil dengan panggilan mak.Didalam rumah perlindungan ini,masih terus bersama rakan dalam kenakalan yang sungguh memenat kan penjaga yang bertugas.Terasa tiada kelayakan untuk aku memiliki islam yang di katakan mereka adalah agama yang best dan baik itu.Dalam kenakalan aku berlari di kawasan berhampiran tapak pembinaan surau baru yang sedang di bina selepas terlalu seronok mendengar cerita tentang islam dari kakak aku,tiba-tiba.....

Bersambung......

Wednesday, October 17, 2012

Bab 2


Tangisan itu,adalah tangisan ibu ku..walau esak menguasai suasana,tiada tertahankan akan emosi yang bermaharajalela,masih mampu menahan sebakan dalam menerima kedatangan hakikat.Ibu terpaksa melangkah mengalah melepaskan kami pergi..
Dalam perjalanan ke rumah anak yatim itu,sehingga tiba perjalanan ke destinasi,terpampang nama rumah itu.Sesedar aku sejak aku masih bayi sehingga meningkat ke zaman kanak-kanak di rumah anak yatim ini,aku sudah pun bersekolah rendah.Bersekolah rendah di sekolah rendah Bandar Tun Razak 2,banyak sungguh aku lalui sebagai kanak-kanak terasing.Berbeza dari sekolah pertama ketika aku berusia 7 tahun dulu di sekolah rendah Jalan Peel,biar keseorangan dan berasingan dengan rakan sebumbung yang lain,aku merasa gembira dengan persekitaran dan persahabatan.Tidak disini yang banyak menggugat kesabaran.Mula digelar budak cina cakap melayu,aku rasa tidak tenteram ketika diawal perkenalan dengan rakan sebaya mahu pun sekelas dengan aku.Terasa terasing seketika hingga mencapai ke peringkat darjah 5,aku mula disukai guru-guru dan rakan di sekeliling.Kerana kelebihan aku yang sangat fasih berbahasa melayu dan berbicara penuh berhemah,aku mula disayangi.Tidak terlepas dari 'cinta budak sekolah',aku tidak pun merasakan berminat terhadap cinta.

Disini aku mula belajar mengenali kehidupan walau dalam usia yang masih begitu muda,aku belajar berdikari.berjalan kaki hampir 2 kilometer ketika pulang sekolah,didenda kerana terlewat sampai ke sekolah dan bemacam lagi dugaan yang mendatang.Namun istimewanya tika berusia 11 tahun,pergaulan aku makin luas bersama rakan-rakan muslim disana.Agak terkeliru aku diasingkan pabila semua rakan aku menuju ke rumah ibadat yang akhirnya aku kenali sebagai surau itu.Terkaku aku berdiri dihadapan surau pada suatu hari selepas menemani rakan kesana,aku terdiam dan berfikir melihat mereka bersujud dan tunduk rukuk.Aku memandang penuh tanda tanya apakah yang sedang mereka lakukan dengan kain serba putih menutupi seluruh tubuh.Aku rasa terkesan dalam hati untuk mengetahui apakah itu.Kelihatan seperti suatu keseronokan yang tidak pernah aku ikuti.Rasa teringin pula nak ikut,tapi aku dilarang kerana mereka katakan yang orang cina tidak boleh masuk kedalamnya.Buat pertama kalinya baru aku tahu aku orang berbangsa cina.Hingga suatu hari aku curi-curi memasuki pejabat pentadbiran dan mencuri-curi membaca fail peribadi aku.Menangis aku terduduk.Aku tak sangka.....


Bersambung...

Thursday, October 11, 2012

Bab 1

Aku ingin berkongsi cerita suka duka hidup perit bahagia didalam setiap langkah perjalanan aku didalam meniti kehidupan penuh liku dan cabaran...
Ujian tiada pernah berhenti mengundang...dalam kepayahan itu,masih mampu berdiri di kaki sendiri...Itulah aku empunya diri...Kisah dalam permulaan diantara islam dan aku..Siapa aku ini didalam panggilan islam.Cinta aku,cinta aku kepada ALLAH dan insan yang di ciptakan.Antara kasih dan sayang...
Mari aku ingin kamu kenali aku..

Aku dilahirkan didalam keluarga yang agak susah,berketurunan cina teowchew mengikut sebelah bapa. Keluarga aku agak tegang dari perasaan bahagia diatas sifat keegoan insan yang tidak mampu menolak rasa kejahilan dan kesombongan dalam nafsu, maka terpisahlah diantara dua jiwa ketika aku masih bergelar bayi...mereka adalah ibu dan bapaku..mereka adalah pelindungku...namun aku terpisah dari kedua kasih sayang mereka itu diatas kelemahan masing-masing yang tidak dapat menolak kelemahan dalam kemampuan mereka mentafsirkan kisah hidup...
Bersama ibu aku masih berusia setahun jagung, terpaksa menempuhi kepayahan hidup yang tiada pengertian bagiku akan betapa besar kisah yg ditulis Allah...dari permulaan kisah penceritaan diantara ibu dan perlindungan,di tengahnya terselit kisah aku juga adik beradik ku yang cukup menyedihkan...dalam ketika ibu terpaksa mencari sesuap nasi,kami ini diderai dan disakiti penjaga....maka tercipta perjalanan menempuhi liku menuju ke rumah anak yatim demi perlindungan...terpisah pula dengan ibu,dengan tangisan kasih sayang ibu,walau tiada mengerti aku,penceritaan masih juga berjalan...

BERSAMBUNG....